IMPLIKASI CARA HIDUP ISLAM
Kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah mengubah cara hidup masyarakat, khususnya di Tanah Melayu. Setiap individu Muslim mempunyai cara hidup yang tersendiri dan berbeza dengan orang bukan islam sama ada dari segi pakaian, pergaulan, tingkah laku dan sebagainya. Masyarakat Islam yang sejati akan sentiasa mengamalkan dan menguruskan diri sebagaimana yang dianjurkan dalam Islam seperti menjaga kebersihan dan menghormati orang sekeliling. Pelaksanaan ajaran Islam dalam kehidupan akan memberikan kesan yang positif sama ada kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara.
1.9.1 IMPLIKASI TERHADAP INDIVIDU
Mendapat keredhaan Allah
- Kepatuhan kepada syariat Allah dalam kehidupan seharian seperti berpakaian mengikut syarak, menjaga batas pergaulan, serta sentiasa berbuat baik antara satu sama lain akan menjadikan hidup individu dibawah keredhaan Allah selain dapat menjauhkan diri daripada sebarang perbuatan yang tidak baik dan dilarang dalam Islam.
Pengurusan masa
- Islam sangat mementingkan pengurusan masa dalam kehidupan seharian. Hail ini kerana, menghargai masa ialah salah satu faktor utama untuk mendisiplinkan diri individu. Secara tidak langsung, pelaksanaan cara hidup Islam akan mendisiplinkan diri terutama dalam aspek ibadah.
- Penjagaan kebersihan ialah salah satu perkara yang dituntut dalam Islam. Penjagaan kebersihan ini meliputi kebersihan diri, pakaian, tempat tinggal, serta persekitaran. Kebersihan diri sangat dituntut dalam Islam kerana untuk memastikan ibadah yang dilaksanakan diterima oleh Allah selain untuk menjamin kesihatan tubuh badan.
1.9.2 IMPLIKASI TERHADAP KELUARGA
Pendidikan anak-anak
- Islam telah menganjurkan langkah yang perlu diambil untuk membentuk sebuah keluarga yang harmoni dan sakinah. Ia bermula dengan pendidikan kepada anak-anak dengan menerapkan nilai-nilai Islam iaitu ketaatan kepada Alla serta pengamalan sunnah Rasulullah dalam kehidupan seharian.
- Islam amat mementingkan hubungan yang erat antara ibu bapa dan anak-anak. Anak-anak perlu bersama-sama melakukan aktiviti keluarga seperti solat berjemaah, makan bersama, beriadah, membersihkan kawasan rumah dan sebagainya. Secara tidak langsung, nilai kasih sayang akan sentiasa wujud dalam ahli keluarga.
- Salah satu ciri keluarga bahagia ialah apabila wujudnya sifat kasih sayang antara ahli keluarga dan saling menghormati antara satu sama lain. Sifat ini akan lahir apabila setiap ahli keluarga berperanan dalam menunaikan hak dan tanggungjawab masing-masinh sebagaimana yang digariskan dalam islam.
Menerapkan konsep 'amar makruf nahi mungkar'
- Penerapan konsep ini dalam kalangan masyarakat dapat melahirkan masyarakat yang sentiasa prihatin dan saling membantu antara satu sama lain. Secara tidak langsung masalah sosial yang berlaku dapat dikurangkan.
Mengeratkan hubungan persaudaraan
- Masyarakat yang bersatu padu dengan sentiasa berbaik sangka dan mengamalkan sikap tolong-menolong serta hormat-menghormati akan mengeratkan lagi tali persaudaraan. Sikap ini dapat dipupuk dengan aktiviti gotong-royong, majlis kenduri, aktiviti ibadah di masjid dan sebagainya.
Pemimpin yang adil
- Pentadbiran negara akan menjadi lebih baik jika pemimpin yang dilantik melaksanakan pemerintahan berlandaskan ajaran Islam. Hal ini kerana pemimpin yang adil tidak akan menyalahgunakan kuasa serta menyeleweng dalam urusan pentadbiran.
- Islam telah menganjurkan konsep muamalat, iaitu urusan jual beli yang dituntut dalam syariat. Antara tuntutan syariat dalam muamalat adalah melaksanakan urusan dengan jujur dan amanah serta menjauhi amalan riba. Secara tidak langsung ia akan menjadikan ekonomi negara semakin mantap.
- Keamanan dapat dizahirkan sekiranya jenayah dapat dikurangkan. Pelaksanaan hukuman Islam terhadap penjenayah seperti yang dianjurkan dalam Al-Quran akan dapat mengurangkan masalah jenayah yang berlaku. Oleh itu, rakyat dapat hidup dengan aman tanpa sebarang gangguan.
minta izin copy ye
ReplyDelete