1.8 Ibadah Solat

Ibadah Solat

PENGERTIAN

  • Dari segi bahasa bermaksud doa atau mengemukakan permohonan iaitu memohon segala perkara yang baik. Dari segi syarak, solat bermaksud perkataan-perkataan atau perbuatan-perbuatan yang dimulai dengan takbiratulkihram beserta niat dan diakhiri dengan salam dengan syarat-syarat tertentu.

1.8.1 KEPENTINGAN SOLAT

  1. Antara amalan pertama yang akan dihisab pada hari Kiamat. 
  2. Merupakan tiang agama.
  3. Ibadah solat tidak disyariatkan melalui perantaraan malaikat. Allah telah mengangkat Rasulullah SAW ke langit dan Allah sendiri mewahyukan fardu solat waktu kepada baginda. Hal ini berlaku dalam peristiwa Israk dan Mikraj.
  4. Solat dapat membersihkan segala kesalahan dan dosa.
  5. Solat membezakan antara seorang Muslim dengan kafir. 
  6. Solat termasuk dalam perkara penting selepas melafazkan dua kalimah syahadah sebagai salah satu cara individu Muslim menzahirkan rasa syukur serta membuktikan keimanannya.

1.8.2 RUKUN SOLAT

13 PERKARA IAITU:
  1. Niat
  2. Qiam
  3. Takbiratulihram
  4. Membaca Al-Fatihah
  5. Rukuk serta tumakninah
  6. Iktidal serta tumakninah
  7. Sujud serta tumakninah
  8. Duduk antara dua sujud serta tumakninah
  9. Duduk tahiyat akhir
  10. Membaca tahiyat akhir
  11. Selawat ke atas nabi Muhammad
  12. Salam 
  13. Tertib

1.8.3 NIAT SOLAT FARDHU

SOLAT SUBUH

أُصَلِّى فَرْضَ الْصُبْحِ رَكْعَتَيْنِ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ
“Sahaja aku sembahyang fardhu subuh dua rakaat sebagai(makmum/imam) kerana Allah Taala.”

SOLAT ZOHOR

أُصَلِّى فَرْضَ الْظُهْرِ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ
“Sahaja aku sembahyang fardhu zuhur empat rakaat sebagai (makmum/imam)kerana Allah Taala.”

SOLAT ASAR

أُصَلِّى فَرْضَ الْعَصْرِ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ
“Sahaja aku sembahyang fardhu asar empar rakaat sebagai (makmum/imam) kerana Allah Taala.”

SOLAT MAGHRIB

أُصَلِّى فَرْضَ الْمَغْرِبِ ثَلاَثَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ
“Sahaja aku sembahyang fardhu maghrib tiga rakaat sebagai (makmum/imam) kerana Allah Taala.”

SOLAT ISYAK
أُصَلِّى فَرْضَ الْعِشَاءِ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ
“Sahaja aku sembahyang fardhu isya` empat rakaat sebagai (makmum/imam)kerana Allah Taala."

1.8.4 SYARAT-SYARAT WAJIB SOLAT
  • Islam
  • Baligh
  • Berakal
  • Suci daripada haid dan nifas
  • Sejahtera pancaindera
  • Sampai seru- Tidak wajib sembahyang keatas mereka yang tidak sampai seruan islam seperti dilahirkan dan menetap di puncak bukit yang jauh dan tiada perhubungan langsung.

1.8.4 SYARAT-SYARAT SAH SOLAT
  • Suci daripada najis baik dari segi pakaian, anggota badan, dan tempat solat.
  • Menutup aurat.
  • Mengetahui cara solat dan dapat membezakan yang wajib dan yang sunat.
  • Suci daripada hadas, iaitu telah berwudhu' dan mandi hadas.
  • Mengetahu masuk waktu atau zan masuk waktu dengan cara ijtihad seperti mendengar ayam berkokok dan sebagainya.
  • Menghadap kiblat, iaitu menghadap seluruh badannya ke arah kiblat.

1.8.5 SURAH-SURAH PILIHAN DALAM SOLAT
  • Al-Sajdah
  • Al-Mulk
  • Luqman

No comments:

Post a Comment