1.7 Konsep akhlak


Konsep akhlak







Akhlak dari segi bahasa ialah tabiat, watak atau budi pekerti. Imam al-Ghazali mendefinisikan akhlak sebagai sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang dan darinya terbentuk perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangkan fikiran terlebih dahulu.

1.7.1 Kategori akhlak

Secara umumnya, akhlak terbahagi kepada dua kategori, iaitu akhlak yang baik (mahmudah) dan akhlak yang buruk (mazmumah).

Akhlak mahmudah menjadi sifat utama para nabi dan rasul seterusnya menjadi ikutan para alim ulama dan orang orang yang mencintai Allah dan Rasul.

Akhlak mazmumah ialah budi pekerti buruk yang mewarisi segala ajaran syaitan, iblis, dan hawa nafsu. Sifat ini bercanggah dengan ajaran agama islam dan amat dibenci oleh Allah SWT. Akhlak mazmumah boleh menjerumuskan seseorang ke lembah kehinaan, contoh akhlak mazmumah seperti dengki, ujub, riak, takabur, sum’ah, bakhil, pemarah, tamak, tipu, tergesa gesa, buruk sangka dan sebagainya.

 1.7.2 Cabaran pembinaan akhlak

Akhlak merupakan sesuary yang lahir hasil keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT. Ketinggian darjat keislaman dan keimanan seseorang juga diukur berdasarkan ketinggian akhlak oleh itu, dalam membentuk akhlak yang baik pelbagai cabaran perlu ditempuhi untuk mencapai akhlak yang mulia.
  •  hawa nafsu
  •  iblis dan syaitan
  • persekitaran
  •  manusia


1.7.3 Isu-isu berkaitan akhlak

Isu akhlak merupakan agenda nasional dalam memastikan negara mencapai wawasan. Bukan sekadar dalam urusan keduniaan, malah wawasan akhirat. Antara agenda nasional dalam isu-isu akhlak yang perlu menjadi kepekaan semua pihak seperti yang berikut.
  • pergaulan bebas
  • hedonisme
  • sumbang mahram
  • bersekedudukan
  • samseng jalanan(mat rempit)

No comments:

Post a Comment