1.10 Salah Faham Terhadap Islam

SALAH FAHAM TERHADAP ISLAM




  • Pendedahan kepada pelbagai isu pemikiran sepatutnya memberikan pengetahuan yang berguna kepada seluruh masyarakat. Sebagai masyarakat yang hidup dalam kepelbagaian bangsa, budaya dan agama, pendedahan sebegini amat diperlukan demi meyakinkan mereka untuk menghadapi realiti dalam kehidupan. Namun, pendedahan pelbagai idea yang bercanggah dengan syariat boleh merosakkan nilai agama malah turut membawa kemudaratan bukan sahaja kepada umat Islam. Dalam usaha dunia yang serba maju kini, umat Islam didedahkan dengan pelbagai pemikiran yang boleh merosakkan akidah, antaranya islah fahaman sekularisme, fahaman pluralisme dan fahaman liberalisme.

1.10.1 FAHAMAN SEKULARISME
  1. Suatu fahaman yang merujuk penafian terhadap hal-hal kerohanian.
  2. Penolakan terhadap kewibawaan unsur-unsur kerohanian.
  3. Penafian tentang adanya hidup yang tetap (akhirat)
  4. Pemisahan antara agama dan nilai kerohanian dengan pemerintahan dan kehidupan keduniaan.
  5. Kekuasaan sebagai kebebasan mutlak untuk merencana dan menyusun dasar hidup manusia seterusnya melaksanakannya sendiri tanpa apa-apa pergantungan dan hubungkait dengan Tuhan.
  6. Gereja dan institusi agama hanya terbatas kepada perkara-perkara yang berhubung dengan masalah ketuhanan sahaja.
PRINSIP SEKULARISME:
  1. Aliran ini hendak memperbaiki hidup insan dengan cara kebendaan sahaja.
  2. Menyatakan kebenaran tentang keduniaan (secular) adalah terbebas daripada ajaran wahyu dan kenabian.
  3. Ilmu sekular bebas daripada prinsip-prinsip dan disiplin ilmu itu sendiri dan boleh diuji melalui fikiran dan pengalaman seperti ilmu-ilmu matematik, fizik, kimia dan lain-lain.
  4. Kesejahteraan hidup didunia tidak perlu dirujuk kepada dasar-dasar lain seperti agama dan wahyu. Dalam mencapai ilmu, fikiran dan pengalaman sumber utamanya ialah akal.

PERTENTANGAN ANTARA ISLAM DAN SEKULARISME
  • Menurut Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1972)  sekularisme dan islam saling betentangan kerana sekularisme menafikan syariat Allat SWT. Dalam Islam tiada pemisahan antara dunia dan akhirat. Namun, fahaman sekular menetapkan hanya dunia semata-mata dan menganjurkan kebebasan insan mengubah akidah dan nasib insan sendiri serta menentang sebarang ketetapan dalam agama. Islam wujud dalam kerangkanya melalui penjelasan dalam Al-Quran dan sunnah. Islam bersumberkan wahyu, sedangkan sekularisme bersumberkan daripada idea-idea akal dan institusi manusia.
  • Istilah sekular, iaitu memisahkan duniawi dan ukhrawi yang tidak pernah wujud dalam islam, umpama memisahkan kehidupan manusia dengan unsur-unsur wahyu Ilahi. Sekularisme ialah satu konsep yang asing dalam Islam. Ajaran Islam berasaskan kepada tauhid, kerangkanya daripada ibadat, akhlak dan ihsan. Hiasannya pula dari pelbagai disiplin ilmu kemanusiaan dan bumbungnya daripada terbinanya sebuah negara Islam (Wan Mohd Nor, 2005)
  • Menurut Muhd. Nur Manuty (1984) syariat Islam terbentuk oleh Al-Quran, sunnah dan ijmak sahabat sebagai persekitarannya. Hal ini bermakna, Islam merupakan satu panduan dalam ilmu dan seluruh kehidupan manusia. Konsep tauhid Islam tidak mengenal konsep dualisme kerana Islam tidak menganggap sesuatu itu sebagai sekular. Oleh yang demikian, pemahaman Islam sebagai al-din adalah penting untuk menangani masalah sekularisme. Islam bukanlah semata-mata terserlah pada ibadat yang nyata atau urusan peribadi malah merangkumi seluruh kegiatan hidup manusia.





 1.10.2 FAHAMAN PLURALISME

Pluralisme agama bermaksud satu fahaman yang menganggap semua agama  adalah sama bagi seseorang individu sama ad Muslim, Kristian, Buddha, dan sebagainya.Islam menghargai toleransi agama lain tetapi tidak menganggap semua agama adalah sama.Penyelesaian Islam terhadap pluralisme agama adalah dengan mengakui perbezaan dan identity agama masing-masing ( Surah al-Kafirun 106:6, “untuk kamu agama kamu dan untuk aku agamaku”).
Pluralisme agama mendakwa semua agama adalah bersifat relatif. Mereka menganggap semua agama membawa tujuan yang sama iaitu membawa manusia kepada keselamatan di akhirat. Ia amat bercanggah dengan apa yang terkandung di dalam Al-Quran yang menyatakan bahawa hanya agama Islam  yang benar dan diterima disisi Allah swt.
 Pada tahun 2005, Majlis Fatwa Ulama Islam Indonesia (MUI) mengeluarkan fatwa mengharamkan Pluralisme Agama. Pada tahun 2006, Muzakarah Ulama Se-Malaysia turut mengharamkan fahaman tersebut. Pengharaman tersebut wajar kerana doktrin yang dibawa oleh Pluralisme Agama memang menyesatkan.
Pengasas Pluralisme Agama, John Hick, Professor Teologi di Claremont Graduate School California USA mengajarkan semua agama menuju ke suatu titik pusat iaitu ‘Realiti Tunggal’ (Tuhan) tetapi tuhan itu dijelmakan dalam pelbagai bentuk dan cara  tertentu mengikut ajaran agama masing-masing. Fahaman ini turut dikembangkan oleh sekelompok pemikir Kristian seperti Raimundo Panikkar,Wilfred Cantwell Smith dan Fritjhof Schuon dan John L.Esposito (Dr.Anis Malik Thoha,2010)
Datuk Nik Mustapha Nik Hassan (2010), pengarah Institusi Kefahaman Islam Malaysia (IKM) ketika mengulas konsep pluralisme ini,beliau menjelaskan bahawa:
a) Islam menolak faham pluralisme agama yang mendakwa kesemua agama adalah sama baik dan sama benar.
b) Hanya ada satu agama yang memiliki wahyu yang lengkap dan sempurna, iaitu Islam (rujuk surah Al-Maidah 5:3)
c) Islam mengiktiraf bahawa masih terdapat hakikat, kebenara, kebaikan dan keindahan etika yang terkandung dalam agama-agama yang selainnya. Islam melarang sikap yang menjadikan agama sebagai bahan ejekan dan bahan permainan.Islam juga sentiasa mengalu-alukan sikap saksama, jujur dan berintegriti walau dari manapun asalnya. Kebaikan dan keindahan etika ini seharusnya digembleng untuk menjulang masyarakat Malaysia ke arah yang lebih baik.
d) Perpaduan rakyat perlu dipupuk dngan cara mengelakkan keunikan tradisi agama masing-masing sambil menggalakkan sikap saling bermuhibah, saling berbelaskasihan dan saling berkasih saying sebagai saudara sesame jiran dan saudara sesame manusia berasal daripada jiwa yang satu, walaupun menganut agama yang berbeza.
e) Isu antara penganut agam perlu diselesaikan dengan seadil-adilnya secara saksama dan dalam semangat saling hormat-menghormati terhadap lunas-lunas agama yang universal sifatnya.
f) Para penganut pelbagai agama juga harus digalakkan berlumba-lumba untuk dalam melaksakan kebaikan, contohnya dalam bentuk membela golongan fakir miskin dan golongan yang memerlukan, menyuruh yang makruf dan mencegah yang mungkar, sama ada kepada rakyat biasa ataupun kepada pemimpin dengan kaedah yang wajar, sopan, jujur, dan tulus.





1.10.3 FAHAMAN LIBERALISME

Konsep liberalisme ini berhubung kait dengan kebebasan unutk memilih agama dan mengamalkan apa yang dipercayainya selaras dengan prinsip rasional seseorang . Agama dilihat sebagai hak peribadi dan orang lain tidak boleh menentukannya. Konsep baik dan buruk dinilai berdasarkan perspektif individu, manakala perspektif kemasyarakatan tidak menjadi teras pegangan. Prinsip untung rugi menjadi sandaran dan kerana itulah, sesuatu tindakan akan dibuat berdasarkan prinsip tersebut.                                                                                                                                                                                 
Cara-cara untuk menangani liberalisme seperti yang berikut:
a) Memberikan fahaman sebenar kepada masyarakat terhadap keaslian Islam dan betapa palsunya fahaman Islam liberal dan pluralisme dan disokong padu oleh media massa. Kefahaman tentang Islam yang sebenar perlu disebarkan kepada rakyat menerusi khutbah, seminar dan sebagainya.
b) Mengenal pasti organisasi yang mendukung fahaman ini dan mengajak mereka berdialog serta memperingatkan orang ramai tentang bahaya organisasi berkenaan.
c) Memasukkan dalam silibus pengajian di sekolah, institusi pengajian tinggi,masjid dan surau mata pelajaran berbentuk serangan pemikiran.
d) Menubuhkan badan pemantau aliran pemikiran asing yang menyusup masuk ke dalam masyarakat Islam dan dianggotai oleh ahli akademi dan ulama serta professional.




1.10.4 AJARAN SESAT DI MALAYSIA

Ajaran sesat adalah amalan yang yang dibawa oleh orang bukan Islam yang mendakwa amalan tersebut adalah ajaran Islam sedangkan ia bertentangan dengan ajaran Islam.
Ajaran sesat ini wujud adalah disebabkan terdapatya individu yang mempunyai kepentingan diri sendiri seperti kedudukan,pangkat dan harta.Selain itu , terdapat juga sekumpulan golongan yang ingin melemahkan Jemaah Islam dengan memesongkan akidah orang islam.


      CIRI-CIRI AJARAN SESAT;
      Ø Mencemarkan kesucian Al-Quran dan hadis seperti memansukhkan, mengubahkan, mempertikaikan dan membuat tafsiran yang menyeleweng terhadap al-Quran.
Ø Mendewa-dewakan pemimpin sehingga menganggap dirinya bersifat maksum dan sebagai Imam Mahdi,sebagai nabi,sebagai tuhan atau jelmaan tuhan sebagaimanana ajaran Qadiani.
Ø Menolak perkara yang qat’ie dalam Islam seperti menghapuskan jihad sebagaimana ajaran Qadiani dan Bahai.
Ø Mengubah bentuk-bentuk ibadat
Ø Mendakwa boleh melakukan perkara yang pelik yang berkaitan dengan perkara ghaib seperti memanggil roh orang mati.
Ø Menolak hadis mutawakir atau hadis secara umum seperti golongan anti-hadis.
Ø Pemimpin mengaku dirinya sebagai Nabi atau wakilnya dan mendakwa menerima wahyu.
Ø Mendakwa hanya pengikut ajaran tersebut sahaja masuk syurga.
Ø Mereka mendakwa bahawa guru mereka dapat menebus dosa menggunakan wang.
Ø Mereka melakukan penyerahan rohani dan jasmani kepada guru melalui nikah batin dengan tujuan mendapat anak yang soleh.
ØPemimpin mengaku Allah swt menjelma dalam dirinya.


MANGSA AJARAN SESAT;
· Mereka yang jahil dan kosong jiwa kerana tidak mempunyai pengetahuan agama yang cukup.
· Mereka ghairah mencari ketenanga dan kesempurnaan menerusi unsur kerohanian dengan jalan yang singkat.
· Mereka yang kurang kemantapan dalam usul Syariah.


KEBURUKAN MENGAMALKAN AJARAN SESAT;
a) Individu
§ Rosak akidah
§ Masa terbuang
§ Minda seseorang akan tertutup
§ Kehidupan tidak stabil
       b)Masyarakat
§ Keruntuhan institusi kekeluargaan
§ Perpaduan tergugat
§ Berlaku keganasan
b) Negara
§ Negara akan mundur
§ Negara tidak stabil

      

      CONTOH-CONTOH AJARAN SESAT

      QADIANI
1. Pengasasnya ialah Mirza Ghulam Ahmad yang meninggal dunia pada tahun 1908 Masihi.
2. Nama Qadiani adalah sempena tempat lahir pengasasnya di Qadiani, iaitu sebuah kampung di daerah Gusdapur, India.
3. Ajaran ini mula muncul pada tahun 1889 Masihi.
4. Ajaran ini dibawa ke Malaysia oleh Maulana Muhammad Sadiq bin Barakatullah pada tahun 1949 Masihi.
5. Ciri-ciri kesesatan
§ Beriktikad bahawa Mirza Ghulam Ahmad sebagai Imam Mahdi, nabi dan jelmaan Krishna(tuhan mengikut kepercayaan Hindu)
§ Beriktikad bahawa Allah swt menurunkan kepada Mirza Ghulam Ahmad sebuah kitab suci yang bernama Al-Tazkirah.
§ Beriktikad bahawa Mirza Ghulam Ahmad mempunyai sejuta jenis mukjizat.
§ Menghapuskan jihad
§ Mengubah ayat al-Quran seperti ayat 6 surah as-saf, sayat 52 surah al-haj dan ayat pertama surah al-qadr)
§ Mendakwa malaikat sebagai pancaindera Allah swt
§ Menghukum kafir selain penganut Qadiani
§ Mengisytiharkan Qadian sebagai tanah suci dan tempat menunaikan haji


      BAHAI
1. Diasaskan oleh Husain Ali Al-Mazandani yang meninggal dunia pada tahun 1892 Masihi.
2. Bahai ialah nama pengasasnya yang digelar sebagai Baha’ullah.
3. Ajaran ini adalah lanjutan  ajaran Al- Babiah yang diasaskan oleh Ali Muhammad Al-Syirazi yang meninggal dunia pada tahun 1850 Masihi.
4. Ajaran Bahai muncul di Iran pada tahun 1847 Masihi.
5. Ajaran Bahai mula tersebar di Malaysia pada tahun 1953 melalui Yan Kee Leong.
6. Ciri-ciri kesesatan
§ Beriktikad bahawa pengasasnya adalah jelmaan Allah swt
§ Beriktikad bahawa  bahawa semua agama adalah sama dan digabungkan dengan ajaran Bahai
§ Beriktikad bahawa alam ini bersifat baqa (kekal)
§ Beriktikad bahasa kitab suci mereka, iaitu al-Bayan memansuhkan semua kitab samawi.
§ Beriktikad bahawa Nabi Isa mati disalib
§ Mengagungkan kod 19 hingga kononnya al-Quran dipengaruhi oleh kod tersebut
§ Menolak kewujudan mukjizat, malaikat, syurga dan neraka
§ Memansuhkan agama Islam
§ Menganggap Acre di Palestin sebagai kiblat baharu
§ Mengubah bentuk-bentuk ibadat seperti puasa 19 hari, solat sebanyak sembilan rakaat dan dikerjakan tiga kali sehari serta berwuduk dengan mawar atau diganti dengan bacaan Bismillahil Athar sebanyak lima kali
§ Menghapuskan jihad


      TASLIM
1. Diasakan oleh Haji Muhammad Syafie atau lebih dikenali sebagai Haji Muhammad Matahari.
2. Ajaran ini mula wujud pada tahun 1870-an di Kampung Seronok di Bayan Lepas, Pulau Pnang.
3. Ajaran ini merupakan ajaran sesat yang paling tua di Malaysia dan mempunyai persamaan dengan kepercayaan Syiah Ismailiah Batiniah.
4. CIri-ciri kesesatan
§ Beriktikad bahawa alam bersifat qadim
§ Beriktikad bahwa diri batin manusia ialah Allah swt dan diri zahir manusia ialah Nur Muhammad
§ Mentafsirkan ayat-ayat Al-Quran mengikut hawa nafsu
§ Mengharuskan perzinaan melalui konsep nikah batin
§ Menolak kewujudan hari kiamat, syurga dan neraka
§ Solat secara niat tanpa rukun qauli (perkataan) dan fi’li (perbuatan)
§ Menganggap Haji Muhammad Matahari sebagai pemimpim maksum


LANGKAH-LANGKAH MENANGANI AJARAN SESAT
a. Melengkapkan diri dengan kefahaman Islam yang sebenar.
b. Menyebarkan ajaran Islam menerusi pelbagai kaedah seperti media cetak, elektronik,ceramah,seminar,forum, dan simposium.
c. Kerjasama dalam penguatkuasaan undang-undang oleh semua pihak dapat membendung kegiatan ajaran sesat daripada terus menular dalam masyarakat.
d. Program pemulihan akidah  seperti Pusat Pemulihan Akidah Jelebu di Negeri Sembilan dan Pusat Pemulihan Akidah Ulu Yam di  Selangor.


SENARAI AJARAN SESAT YANG DIWARTAKAN OLEH JAKIM
1. Nasrul Haq
2. Budi Suci
3. Budi Suci Al-Watan
4. Budi Suci Budi Suci Sejati
5. Budi Suci Jawa Faradin
6. Budi Suci Silat Sunda Pukulan Ghaib
7. Budi Suci Tusuk Himat
8. Budi Suci Ilmu Kebatinan
9. Budi Suci Potong Maya
10. Budi Suci Naluri
11. Kaula
12. Haqqullah Syahadah
13. Rampai
14. Wali Suci
15. Kalimat Sakti
16. Silat pukulan Jarak Jauh
17. Ilmu Tenaga Dalam Hikmat
18. Zikir Sha’ban Islam Haq
19. Asal Wujud Garis Laksman
20. Al-Ma’zat
21. Maharisi Mahish Yugi
22. Ilmu Kebatinan
23. Abdul Manan bin Harun (tolak hadis)
24. Nasrun S.T Qahar
25. Kumpulan Ikhwan/ al-mas
26. Kuasa Ghaib (tahan diri)
27. Mohd Noordin Putih
28. Tariqat Naqsyabandiyah Kadirun Yahya
29. Wali Sembilan
30. Khatijah binti Ali @ Puan Tijah
31. Syed Mutalib bin Syed Mohd Nordin
32. Ajaran Mohd Seman Al-Banjari
33. Al-Arqam
34. Golongan Anti-hadis
35. Ajaran yang disampaikan oleh Juruzon bin Abdul Latif atau dikenali sebagai Haji Ahmad Ak-Walidie (paksu)
36. Syiah
37. Ajaran Hj.Ghazali Othman Hulu Kelang
38. Ajaran Hj.Kadar Ahmad
39. Ajaran Ilmu Tajjali Ahmad Laksamana
40. Ajran Ilmu Hakikat @ Jahar Dumin Hulu Langat
41. Tarikat Mufaridiah
42. Ajaran Hassan anak Rimau
43. Tarikat Aurad ISmailiah
44. Ajaran Martabat Tujuh
45. Tarikat Smaniah Ibrahim Bonjol
46. Ajaran Sulaiman (Bahtera Nabi Nuh)
47. Ajaran Ilmu Hakikat Hassan Bin Jonit
48. Ajaran Ahmadiah/ Qadiani
49. Ajaran Mohd Nor Seman
50. Ajaran Ayah Pin
51. Ajaran Bahai
52. Al- Ma’unah
53. Ajaran Azhar Wahab
54. Ajaran Hj. Banua

No comments:

Post a Comment