1.6 Konsep Syariah
- Syariah dari sudut khusus ialah disiplin amali atau disiplin perlakuan (peraturan) sesama manusia dan alam.
- Dari segi istilah syariah bermaksud segala hukum hakam yang telah ditentukan oleh Allah SWT kepada manusia sama ada berkaitan dengan akidah, ibadah, muamalah, akhlak atau cara kehidupan seharian demi kebahagiaan mereka di dunia dan di akhirat.
1.6.1 Prinsip asas dan keistimewaan syariah
a) Rabbani (berpandukan wahyu)
Semua perundangan Islam diambil daripada wahyu Allah SWT, iaitu menerusi al-Quran dan Hadis. Perundangan Islam tidak mengandungi unsur unsur penyelewengan dan terhindar daripada sebarang kesilapan kerana perundangan ini bukanlah ciptaan manusia. Secara umumnya, undang undang yang terdapat dalam al-Quran dan Hadis dijelaskan secara terpirinci dan secara umum agar manusia boleh menyesuaikan peraturan tersebut dengan perubahan zaman.
b) Persamaan dan keadilan
Prinsip persamaan dan keadilan adalah bertujuan menjamin kebajikan manusia. Hal ini kerana dalam perundangan Islam, setiap kesalahan akan dikenakan hukuman yang bersesuaian dengan kesalahan yang dilakukan tanpa mengira pangkat dan kedudukan.
c) Tidak membebankan, tegas dan fleksibal
Setiap peraturan yang dibuat adalah bersesuaian dengan fitrah manusia dan tidak membebankan. Walaupun nilai dalam syariah adalah bersifat tetap dan tidak berubah, namun pelaksanaannya adalah bersifat anjal, iaitu boleh berlaku kelonggaran, keringanan atau pengecualian terhadap sesuatu hukum yang telah ditetapkan.
d) Sempurna dan lengkap
Sumber perundangan Islam ialah al-Quran dan Hadis, iaitu wahyu dari Allah SWT. Hal ini jelas menunjukkan bahawa perundangan Islam itu sempurna dan terhindar daripada sifat nafsu manusia. Allah SWT menciptakan manusia dan mengetahui apa yang terbaik untuk manusia. Manusia hanya perlu mengikut tunjuk ajar dan panduan yang telah diberikan. Oleh sebab itu, segala peraturan yang ditetapkan adalah bersesuaian dengan fitrah manusia.
http://blogtasawwurislam.blogspot.my/2011/08/syariat-islam-pengertian-dan-ciri-ciri.html
http://blogtasawwurislam.blogspot.my/2011/08/syariat-islam-pengertian-dan-ciri-ciri.html
1.6.2 Maqasid Syariah
Bermaksud tujuan, matlamat atau hikmah yang terkandung dalam pensyariatan hukum hakam dalam Islam. Ia berfungsi untuk memelihara kesejahteraan dan kepentingan manusia di dunia dan di akhirat. Secara prinsipnya, syariah adalah bertujuan menyelamatkan dan memelihara lima perkara asas kepada kehidupan manusia iaitu agama, nyawa, akal, maruah dan harta.
- Memelihara agama
- memelihara nyawa
- memelihara akal
- memelihara maruah dan keturunan
- memelihara harta
1.6.3 Skop syariah
Skop syariah islam meliputi perkara perkara berikut:
- Hubungan dengan Allah SWT - meliputi segala undang-undang yang berkaitan dengan perhubungan dan pengabdian manusia dengan Allah.
- Hubungan dengan manusia - meliputi segala undang-undang yang berkaitan dengan perhubungan dan interaksi manusia sesama manusia.
- Hubungan dengan alam - meliputi segala undang-undang yang berkaitan dengan perhubungan manusia dengan alam terutamanya dalam konteks perundangan akhlak.
No comments:
Post a Comment